Politik Mas_Ermieyati_Samsudin

Penglibatan awal

Beliau menceburkan diri dalam politik secara serius sejak mula bergelar sebagai peguam sekitar 2001 semasa sayap UMNO yang ketiga iaitu PUTERI dipersetujui oleh Presiden UMNO untuk diwujudkan di seluruh negara maka waktu inilah beliau ditawarkan menduduki jawatankuasa penaja di bahagian Alor Gajah. Tahun 2003 beliau menjadi Ketua PUTERI UMNO Bahagian Alor Gajah dan Ketua PUTERI Negeri Melaka (persempadanan baru tahun 2004 bertukar ke Bahagian Masjid Tanah) selama 10 tahun sehingga 2013 dan dalam tempoh yang sama beliau juga merupakan EXCO PUTERI UMNO Malaysia.

Pilihan raya Umum 2013

Pada Pilihan raya Umum 2013 YB Datuk Wira Mas Ermieyati dipilih untuk mewakili Barisan Nasional bertanding kerusi Parlimen P134 Masjid Tanah dan memenanginya apabila menewaskan calon PAS iaitu Mohd Nasaie Bin Ismail. Beliau telah memperoleh 27,688 undi berbanding lawannya memperoleh 11,488 undi dan menang dengan majoriti sebanyak 16,200 undi. Beliau merupakan Wanita pertama Melaka yang terpilih sebagai Ahli Parlimen sehingga mewakili parlimen Malaysia ke luar negara sepert ke Brunei ke ‘34th General Assembly Of The ASEAN Inter Parliamentary Assembly (AIPA)’, ke Brussels, Belgium bagi ‘Women In Parliament Forum’. Sebagai Pemerhati ke ‘General Election’ di Cambodia bersama YB. Datuk Seri Shahidan Kassim, Dipilih oleh Parlimen Malaysia sebagai pengiring bagi lawatan kerja Oleh Yang Berbahagia Datin Paduka Seri Hajah Rosmah Mansor Isteri YAB Perdana Menteri Malaysia ke ‘The 4th Qatar International Businesswomen Forum St. Regis, Doha, Qatar and to Dubai,Uae’, Pada 2014 mewakili Parlimen Malaysia ke Tehran, Iran bagi ‘Iran for The 9th Parliamentary Union Of Oic Member States (Puic) Conference and Meetings’.

Rujukan

WikiPedia: Mas_Ermieyati_Samsudin http://english.astroawani.com/politics-news/pkr-to... http://undi.info/# http://www.myundi.com.my/pru13/region.aspx http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=Pil... http://www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=... http://resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/pap... http://www.thesundaily.my/news/840952 https://www.malaysiakini.com/news/432106 https://www.nst.com.my/news/nation/2017/10/290449/... https://web.archive.org/web/20140331000718/http://...