Penyebaran Mas_sejemput

Kuih mas sejemput ini lebih popular di sebelah pantai timur, terutama di Kelantan dan Terengganu yang sudah biasa dan mempunyai banyak hidangan kuih yang manis-manis belaka. Oleh kerana kos pembuatan yang tinggi, ia tidak banyak dijual begitu sahaja, dan biasanya mas sejemput yang bermutu perlu ditempah lebih awal, dan biasanya hanya ditempah bagi acara istimewa. Ia lebih popular sebagai hidangan pengantin kerana kandungan kuning telur dan gula yang tinggi dikatakan sebagai pemberi tenaga yang baik.

Kuih mas sejemput kurang popular dinegeri lain di Malaysia, disebabkan rasanya yang amat manis. Ia mempunyai rasa berspan yang disira dalam air gula. Sebagaimana jala mas, ia dihidangkan secara atas darat (tidak berkuah) dan dihias.