Masa_wajar
Masa_wajar

Masa_wajar

Dalam ilmu kerelatifan, masa wajar merupakan selang masa antara dua peristiwa seperti yang diukur oleh jam yang melalui kedua-dua peristiwa itu. Masa wajar bergantung bukan sahaja pada peristiwa-peristiwa berkenaan, bahkan juga pada pergerakan jam antara peristiwa-peristiwa itu. Jam yang dipecutkan akan menyukat selang masa yang lebih singkat antara dua peristiwa daripada yang disukat oleh jam yang tidak dipecutkan (inersia) antara dua peristiwa yang sama. Paradoks kembar merupakan satu contoh untuk kesan ini.Dari segi ruang masa empat dimensi, masa wajar adalah bersamaan dengan kepanjangan arka dalam ruang tiga dimensi (Euclidan). Pada resamnya, masa wajar biasanya berlambangkan huruf Yunani τ (tau) untuk membezakannya daripada masa koordinat yang berlambangkan t atau T.Berbanding dengan itu, masa koordinat adalah selang masa antara dua peristiwa seperti yang disukat oleh pemerhati yang jauh yang menggunakan cara tersendiri untuk menentukan masa pada peristiwa. Dalam kes istimewa yang mana pemerhati inersia dalam kerelatifan khas, masa itu diukur dengan menggunakan jam pemerhati dan definisi keserentakan bagi si pemerhati.Konsep masa wajar diperkenalkan oleh Hermann Minkowski pada tahun 1908,[1] bahkan merupakan ciri-ciri dalam gambarajah Minkowski.