Masakan_Austria
Masakan_Austria

Masakan_Austria

Masakan Austria banyak dipengaruhi negara jiran seperti Jerman, Hungary, Itali dan Republik Czech. Sebenarnya cara masakan Austria adalah gabungan masakan Jerman dengan sedikit pengaruh Hungary seperti sosej Jerman dan stew orang Hungary. Oleh kerana muka buminya dikelilingi gunung-ganang dan daratan, masakan ikan segar serta burung sangat popular. Etika menikmati hidangan Austria menggunakan garfu dan pisau walaupun dengan makanan ringkas. Mengikut tradisi sebelum makan, orang Austria akan menyebut mahlzeit bermaksud 'masa untuk makan'.