Sejarah Masjid_Abidin

Masjid Abidin atau dahulunya dikenali sebagai Masjid Putih atau Masjid Besar merupakan masjid DiRaja negeri Terengganu lama yang dibina oleh Sultan Zainal Abidin II antara 1793 dan 1808. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Abidin atau Masjid Besar, terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Makam DiRaja lama terletak berhampiran masjid ini.

Semasa pemerintahan Sultan Umar, masjid ini diganti dengan bangunan batu-bata. Tengku Panglima Besar kemudian meluaskannya dengan tiga tiang bulat dan tiga kubah. Masjid ini diubah suai lagi bagi memuatkan 2,500 jemaah dalam satu sesi solat.

Pada pintu masuk dan gril terdapat beberapa ukiran kaligraf ayat suci Al-Quran, doa dan arabesques.