Sejarah Masjid_Ahmadiah,_Kampung_Kepayang

Masjid Ahmadiah ini diberi nama sempena nama Toh Sedewa Diraja Ahmad. Beliau merupakan pembesar Melayu di kawasan ini dan juga Orang Besar Enam Belas.

Kegemilangan perlombongan bijih timah di Kampung Kepayang dan Simpang Pulai pada akhir abad ke-19 telah mencetuskan pembinaan masjid ini oleh Toh Sedewa Ahmad bagi menyatukan penduduk dikawasan Mukim Sungai Raya yang terdiri dari kampung tradisi iaitu Kampung Kepayang, Kampung Simpang Pulai, Kampung Sungai Ular, Kampung Tanjong dan juga Kampung Sindu yang kebanyakan orang Melayu.. Masjid ini telah dibina pada tahun 1905.

Bangunan masjid ini berbentuk segi empat panjang, mempunyai sebuah mihrab, dikelilingi dengan verendah dan memiliki sebuah dewan solat utama. Keunikan masjid yang diperbuat daripada papan dan kayu ini mirip akan Masjid Kampung Laut di Kota Bharu, Kelantan.