Masjid_Al-Aqsa
Masjid_Al-Aqsa

Masjid_Al-Aqsa

Masjid al-Aqsa (Arab: المسجد الاقصى al-Masjid al-Aqṣā, IPA: [ʔælˈmæsdʒɪd ælˈʔɑqsˤɑ]  ( dengar), "Masjid Terjauh") atau juga dikenali sebagai Al-Aqsa merupakan salah satu tempat suci agama Islam yang menjadi sebahagian daripada kompleks bangunan keagamaan di Kota Lama Baitulmuqaddis (Baitulmuqaddis Timur). Kompleks bangunan tersebut (bersama dengan bangunan Kubah Batu) dikenali oleh umat Islam sebagai Al Haram Al Sharif atau "tanah suci yang mulia"[2] dan oleh orang Yahudi dan Kristian sebagai Kuil Suci, yang dipercayai di mana Kuli Pertama dan Kuil Kedua pernah terletak.[3][4]Menurut kepercayaan para Muslim, Nabi Muhammad dibawa dari Masjid al-Haram di Makkah ke masjid ini sebelum diangkat ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha) dalam peristiwa Israk Mikraj. Kitab-kitab hadis menjelaskan bahawa Muhammad mengajarkan umatnya untuk menghadap kiblat ke Masjid al-Aqsa ketika bersembahyang selama 17 bulan selepas penghijrahan. Setelah, wahyu diturunkan (Surah al-Baqarah ayat 148), kiblat tersebut dihadapkan ke Masjid al-Haram sehinggalah sekarang.[5][6]Pengertian Masjid Al-Aqsa pada peristiwa Israk dan Mikraj dalam Al-Quran (Surah Al-Israk ayat 1) meliputi seluruh kawasan Al-Haram Asy-Syarif.Hari ini, Kota Lama di Baitulmuqaddis adalah di bawah penguasaan Israel, tetapi masjid kekal di bawah pentadbiran Waqaf Islam Jordan/Palestin yang dipimpin.

Masjid_Al-Aqsa

Status Aktif
Lebar 56 meter (184 ka)
Bil. menara 4
Bahan binaan Batu kapur (tembok luar, menara, muka), stalaktit (menara), timah (kubah), marmar putih (ruangan dalaman)
Koordinat 31°46′34″N 35°14′09″E / 31.77617°N 35.23583°E / 31.77617; 35.23583Koordinat: 31°46′34″N 35°14′09″E / 31.77617°N 35.23583°E / 31.77617; 35.23583
Lokasi Kota Lama Baitulmuqaddis
Imam Muhammad Ahmad Hussein
Dibuka pada 705 M
Ketinggian menara 37 meter (121 ka) (tertinggi)
Panjang 83 meter (272 ka)
Gaya seni bina Islam awal, Mamluk
Kapasiti jemaah 5,000+ (dalam); 400,000 (luar)[1]