Masjid_Diraja_Sultan_Suleiman
Masjid_Diraja_Sultan_Suleiman

Masjid_Diraja_Sultan_Suleiman

Masjid Diraja Sultan Sulaiman telah dibina pada tahun 1932, sempena pemasyhuran Kelang sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Selangor. Ia adalah satu pemberian dari kerajaan Inggeris kepada Sultan Alaiddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor yang kelima.Perasmian masjid ini telah di sempurnakan oleh baginda di 1934 dikenali dengan nama Masjid Sulaiman Jamaar Rahmah.Masjid ini pernah dijadikan Masjid Besar Selangor sehinggalah terbina Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Bandar Shah Alam. Sekarang dirasmi sebagai Masjid Diraja Sultan Sulaiman, Kelang.Masjid ini terletak bersebelahan dengan Istana Besar Selangor, Istana Alam Shah dan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), yang dahulunya termasuk dalam perkarangan istana. Didalam masjid ini juga terdapat satu daripada tiga kubur diraja iaitu Makam Diraja Klang.