Masjid_Hanafi
Masjid_Hanafi

Masjid_Hanafi

Masjid Hanafi merupakan sebuah masjid yang terletak di Jalan Temenggong, Taiping, Perak.[1]
Masjid ini dikatakan adalah masjid pertama yang dibina untuk kaum Pakistan yang bermazhab Hanafi. Ini adalah kerana hampir semua Pakistan yang datang ke Tanah Melayu adalah dari mazhab Hanafi sedangkan kaum Melayu adalah dari mazhab Shafie. Oleh kerana berbeza mazhab, maka imigran Pakistan yang mempunyai jumlah yang agak besar pada waktu itu memilih untuk mempunyai seorang Imam daripada mazhab Hanafi untuk memudahkan urusan agama mereka. Memandangkan kebanyakan imigran Pakistan adalah tentera dan dengan pengaruh Subadar Elam Din, yang merupakan aide de camp kepada bekas Gabenor Singapura, Sir Arthur Young, imigran Pakistan berjaya memperoleh satu lot tanah di tengah-tengah kem tentera untuk mereka membina sebuah masjid. Tanah yang diberikan untuk pembinaan masjid adalah termasuk juga kawasan rumah Imam dan tempat untuk musafir yang dipanggil “Musafir Khanna” (rumah pengembara). Setelah sebuah masjid dibina, kaum Pakistan menjemput seorang Imam dari Hong Kong, Syed Fazal Khannan untuk menjadi imam mereka. Imam tersebut dan Elam Din telah sama-sama berusaha mengumpul dana dari semua imigran Pakistan yang tinggal di Taiping dan bekerja sebagai buruh, peniaga dan tentera untuk mengubahsuai masjid dan dinamakan Masjid Hanafi. Masjid ini telah digunakan bukan sahaja untuk tujuan urusan ibadah tetapi sebagai satu pusat komuniti untuk kaum Pakistan. Kaum Punjabi, Benggalis, Malayalis, Tamil dan Pathan mempelajari ilmu-ilmu Islam dari Imam tersebut dalam bahasa Arab, Urdu, Parsi, Punjabi, bahasa Melayu dan Pushto. Terdapat juga ramai kaum India dari Maharashtra dan Bengal, dan kaum Melayu yang menghadiri ceramah dan kelas agama beliau.Masjid Hanafi memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-08-TPG-00011.

Masjid_Hanafi

Status Beroperasi
Bil. menara 1
Bahan binaan Simen
Dimiliki oleh No Daftar: MY-08-TPG-00011
Lokasi Masjid Hanafi,
Jalan Temenggong
34000 Taiping,
Perak
Imam Ahmad Bin Md Nor 2017 (Imam Besar)
2017 (Timb. Imam Besar)
2017
Negeri Perak
Negara Malaysia
Bil. kubah 1