Sejarah Masjid_Kampung_Ladang

Dibina pada tahun 1900 di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh Tn.Hj.AHMAD yang lebih mesra dengan panggilan PAK ITAM MAT. Bangunan Masjid ini pada mula nya dibina menggunakan kayu yang dibelah dari kayu hutan oleh beberapa orang anak kariah yang berkemahiran di dalam bidang tersebut. Oleh kerana kedudukan MASJID KG. LADANG terletak kira kira 200 Meter dari PEKAN KUALA SUNGAI BARU, MELAKA secara tidak langsung Masjid ini menjadi tumpuan umat Islam sekitar nya, lebih lebih lagi waktu solat Jumaat, solat Sunat Aidil Fitri dan Solat Sunat Aidil Adha. Diwaktu ini lah jemaah terpaksa bersesak sesak dan ramai lagi terpaksa bersolat dihalaman Masjid. Ini kerana keluasan dalam bangunan Masjid pada masa itu ialah 70 kaki kali 50 kaki persegi sahaja.

Ekoran daripada suasana tersebut A.J.K. Lembaga Pengelola Masjid dan seluruh anak kariah sebulat suara bersetuju mengubah suai bangunan masjid ini dari bangunan kayu ke bangunan batu dan BERTIANG SATU dengan keluasan menjadi 80 kaki kali 90kaki. Bangunan ini mula diubahsuai pada tahun 1985 siap sepenuhnya pada tahun 1988, dengan menggunakan dana dari KHAIRAT ORANG RAMAI terutama anak anak kariah Kg. Ladang. Yang lebih ISTIMEWANYA pembinaan bangunan baru ini dibuat secara GOTONG ROYONG oleh seluruh anak kariah Kg. Ladang. Masjid ini dibina pada tahun 1955 daripada derma orang ramai.