Sejarah Masjid_Pantai_Tanah_Merah

Masjid Pantai Tanah Merah merupakan sebuah surau yang dibina pada tahun 1993 di daerah Melaka Tengah, Melaka, lebih kurang 17 kilometer dari Bandar Melaka dan kira-kira 14 kilometer dari Pekan Masjid Tanah.

Disebabkan oleh pertumbuhan bilangan penduduk yang berlaku kerana pengambilan tanah kerajaan negeri bagi Projek Penapisan Minyak Petronas, surau ini telah dinaikkan taraf menjadi masjid pada tahun 1994. Masjid ini dikelilingi oleh Kampung Pantai Puteri (Pantai Rombang), Pantai Kundur, Tangga Batu Pekan, dan Kampung Seri Gelam.