Sejarah Masjid_Semabok

Pembinaannya dijangka sekitar tahun 1900. Ini berdasarkan kepada pembinaan menaranya pada tahun 1905 (1320H). Pengasas masjid ini adalah Tuan Haji Ahmad bin Abd Rauf, iaitu bekas Mufti Melaka yang sebelumnya terkenal sebagai ulamak. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1928. Pegawai masjid yang berperanan membangunkan masjid ini terdiri daripada Tuan Haji Husin, Haji Yusof dan Haji Buntal. Pengubahsuaian telah dilakukan pada tahun 1970an melalui peruntukan Kerajaan Negeri Melaka sebanyak RM95,000.00 dan dirasmikan oleh Y.B. Tun Abdul Ghafar bin Baba.Masjid ini dibina dalam tahun 1905 daripada derma orang ramai. Dalam tahun 1977 ianya diperbaharui lagi dengan belanjanya daripada derma orang ramai juga.