Infrastruktur Masjid_Tanah

Terdapat beberapa bangunan kedai yang dibina sekitar tahun 1930-an. Bagi penduduk asal dan anak-anak Masjid Tanah yang asal. Pekan Masjid Tanah dipanggil 'SIMPANG' merujuk kepada pekan asal yang mempunyai 3 simpang (simpang tiga di hadapan Jam Besar Masjid Tanah). Antara kampung di sekitar pekan ini adalah Kg. Lekok, Kg. Paya Rumput, Kg. Jeram, Kg. Pulau, Kg. Ayer Limau, Kg. Durian Daun, Kg. Londang, Kg. Solok Duku, Kg. Seri Tanjung, Kg. Pulau Semut dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa sekolah rendah dan sekolah menengah yang terletak di pekan ini, antaranya ialah Sek. Men. Kebangsaan Hang Kasturi, Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin, Sek. Ren. Sri Laksamana, Sek. Kebangsaan Kluster Ghafar Baba dan Sek. Men. Sultan Alauddin (dahulunya Sek. Men. Masjid Tanah), dan sekolah rendah yang tertua adalah Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah atau lebih dikenali oleh orang lama sebagai 'Sekolah Melayu' yang dibina sebelum Perang Dunia Kedua. Sekolah Rendah Datuk Tambichik Karim pula di panggil Sekolah Orang Puteh, berdasarkan nama lamanya Masjid Tanah English School. Pekan Masjid Tanah juga terdapat sebuah sekolah aliran cina, iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Masjid Tanah.

Pada masa ini, banyak projek perumahan dibina kerana Masjid Tanah semakin pesat membangun. Ada antara penduduknya yang bekerja di Bandaraya Melaka yang jaraknya hampir 40 km. Disamping institusi-institusi pendidikan yang sudah tentunya menggunakan tenaga kerja yang datang dari segenap pelosok negara Malaysia. Berhampiran Masjid Tanah juga terdapat kem-kem tentera yang mana anggota tentera dan keluarga mereka turut tinggal disekitar Masjid Tanah. Kem-kem tentera yang dimaksudkan adalah Kem Masjid Tanah (dikenali oleh orang kampung sebagai Kem Peluru atau Gudang Peluru), Kem Terendak dan Kem Sungai Udang (Kem Komando).

Manakala dari segi kemudahan kesihatan, terdapat Klinik Kesihatan Masjid Tanah dan juga Hospital ATM Kem Terendak (94 HAT). Masjid Tanah juga adalah sebuah kawasan Parlimen yang diwakili oleh wakil Barisan Nasional sejak dahulu lagi. Di pekan Masjid Tanah aktiviti ekonomi berjalan dengan rancak dibuktikan dengan pembinaan rumah kedai yang baru. Prasarana lengkap telah sedia ada di pekan kecil ini. Terdapat banyak juga institusi pendidikan yang berada dikawasan Masjid Tanah seperti UiTM Melaka di Lendu, Kolej Matrikulasi Melaka di Londang, IKBN di Ramuan China, Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Air Molek, Akademi Laut Malaysia (ALAM) di Kuala Linggi, Kolej Komuniti di Paya Rumput dan MRSM Alor Gajah di Ayer Paabas.

Kemudahan lain

  • Pejabat Pentabditran / Swasta
  • Pejabat SAMB, Masjid Tanah
  • Pejabat RISDA Stesen (PRS), Masjid Tanah
  • Pejabat Pendaftran Negara, Masjid Tanah
  • Pejabat Tabung Haji, Masjid Tanah
  • Balai POLIS, Masjid Tanah
  • Perpustakaan Masjid Tanah
  • TNB Berhad, Masjid Tanah
  • Balai BOMBA, Masjid Tanah
  • Pejabat Perkhidmatan Haiwan, Masjid Tanah
  • Pejabat JKR, Masjid Tanah
  • MAYBANK
  • BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
  • PUBLIC BANK
  • BANK RAKYAT
  • BANK ISLAM
  • HONG LEONG BANK
  • POS Malaysia Bhd

Pekan Berhampiran