Fangire Masked_Rider_Kiva

Rencana utama: Fangire

Fangire (ファンガイア, Fangaia) adalah raksasa pontianak yang menjadikan tenaga kehidupan atau Life Energy (ライフエナジー, Raifu Enajī) manusia sebagai sumber makanan untuk hidup dan membolehkan mereka menyamarkan diri sebagai manusia. Disebabkan hal ini, satu pertubuhan dibentuk oleh sekumpulan manusia untuk memburu Fangire. Walau bagaimanapun, hanya Kiva dan IXA (Keisuke Nago) sahaja yang mampu mengalahkan dan menghapuskan Fangire. Yang mana Kiva berfungsi menangkap roh Fangire, dan IXA pula berfungsi melenyapkan kewujudan Fangire.