Produksi Masss

Perkembangan

Pada awal Disember 2013, Sify melaporkan bahawa filem seterusnya Venkat Prabhu selepas Biriyani (2013) akan menampilkan Surya sebagai pelakon utama. Tiga hari kemudian projek ini telah disahkan oleh Pengarah. Selepas itu, penulis lirik Madhan Karky telah ditandatangani untuk menulis dialog untuk filem ini.Seperti filem Venkat Prabhu sebelum ini, komposer Yuvan Shankar Raja dan editor Praveen KL ditarik untuk menyertai filem ini. Filem ini telah disebut-sebut untuk menjadi filem Tamil yang pertama yang dihasilkan dalam format 3D, tetapi Venkat Prabhu kemudian memaklumkan bahawa ia adalah tidak benar.Filem ini dikhabarkan akan diberi tajuk sebagai Poochandi, Walau bagaimanapun Venkat Prabhu mengumumkan pada 5 Julai 2014 melalui Twitter dan Facebook bahawa ia telah berjudul Masss. Filem ini dikeluarkan dengan judul Massu Engira Masilamani di Tamil Nadu dan Europe.

Pemilihan Pelakon

Laporan pada Januari 2014 menunjukkan bahawa Suriya akan memainkan dwi watak. Tambahan pula, beliau dikatakan diberi dua penampilan yang berbeza dengan satu watak mempunyai rambut yang panjang. Selepas menamatkan filem itu, Suriya menyatakan bahawa dia telah memainkan dua watak, Masilamani, seorang kaki tipu, dan Shakti.Nayantara telah dimeterai untuk memainkan watak perempuan utama bersama-sama Amy Jackson. Amy Jackson kemudian diganti dengan Pranitha.

Penggambaran

Penggambaran filem ini dijalankan di bandar raya Chennai, Ooty, Kullu dan Manali. Sebuah lagu difilemkan di Bulgaria