Latarbelakang MasterCard

Pelancaran

Beberapa syarikat perbankan yang melancarkan MasterCard ialah : Wells Fargo Bank, United California Bank (kini First Interstate Bank ketika diambilalih oleh Wells Fargo Bank), Wells Fargo Bank, Crocker National Bank (juga diambilalih oleh Wells Fargo Bank), dan Bank Of California (kini Union Bank Of California). Pada tarikh 1 Disember 1966, beberapa syarikat perbankan dijemput oleh Interbank Card Association (ICA) untuk menganjurkan mesyuarat untuk membuat kad kredit baharu untuk berlumba dengan BankAmericard yang pertama popular di dunia. Oleh kerana itu, keputusan mesyuarat itu dikekalkan, iaitu : "melancarkan kad kredit baharu".

Selepas lebih dua ahad bermesyuarat, akhirnya nama untuk kad kredit baharu diberikan, iaitu : "Master Charge The Interbank Card". Maka, dengan nama baharu itu, pada tarikh 16 Disember 1966, "Master Charge The Interbank Card" dilancarkan. Keputusan mesyuarat antara syarikat perbankan California dengan ICA, Marine Midland Bank (kini Hongkong Bank USA). Pertumbuhan "Master Charge The Interbank Card" pertama berlaku pada 1969 apabila First National City Bank (kini Citibank) pula melancarkan The Everything Card. Pada mula pelancarannya, antara tahun 1966 sehingga 1979, MasterCard ketika itu lebih dikenali sebagai "Master Charge" ataupun "Interbank" (supaya jenama "Master Charge The Interbank Card" lebih dikenali).

Pada tahun 1968, Master Charge The Interbank Card dan Eurocard menandatangani kerjasama untuk mengenali jenama Master Charge The Interbank Card di wilayah Eropah. Pada tahun 1972, Master Charge The Interbank Card menandatangani kerjasama dengan Access daripada Inggeris untuk lebih mengenali jenama Master Charge The Interbank Card.

Penjenamaan semula menjadi "MasterCard"

Pada tarikh 16 Disember 1979, jenama Master Charge The Interbank Card dijenamakan semula menjadi "MasterCard" supaya lebih dikenali. Pada dekad 1990-an, MasterCard mengambilalih kad kredit Access daripada Inggeris. Selepas itu, pada 2000, Eurocard pula diambilalih oleh MasterCard. Sejak ketika itu, penguasaan MasterCard semakin besar untuk menjadi syarikat kad kredit gergasi di dunia.

Kemudian, pada tarikh 16 Disember 2006, bersempena dengan sambutan majlis 40 tahun MasterCard, syarikat induk MasterCard melancarkan logo baharu iaitu mempunyai rekabentuk rajah venn, sekalipun tak nampak pada kad kredit yang diterbitkan oleh MasterCard. Bersempena dengan pelancaran logo baru syarikat induk MasterCard, MasterCard mengekalkan cogankata yang sehingga ketika ini merupakan identiti MasterCard, iaitu "The Heart Of Commerce".