MasterChef_USA
MasterChef_USA

MasterChef_USA

MasterChef USA merupakan sebuah rancangan pertandingan memasak Amerika yang disiar di saluran PBS dari 2000 hingga 2001.[1] Siri ini diacarakan oleh Gary Rhodes dan siri ini antara rancangan memasak yang paling mendapat sambutan di saluran PBS.[1] Siri ini diambil formatnya secara terus dari MasterChef terbitan BBC Britain, yang turut menjadikan Rhodes sebagai pengacara pada 2001.[2] Rancangan ini mempunyai dua musim.[3]Musim pertama mula ditayangkan di Amerika Syarikat pada 1 April 2000 dengan jumlah waktu siaran selama 13 episod setengah jam dan satu episod istimewa selama sejam.[4] 27 orang peserta dipilih dari uji bakat serata negara dan menyaksikan pengurus pejabat, Nancy Vaziri dari Homewood, Illinois memenangi kejuaraan MasterChef 2000.[5]Musim kedua bermula pada 7 April 2001 dengan 13 episod setengah jam dan satu episod istimewa sejam. [4] Seperti yang lepas, 27 peserta terpilih dan guru biologi, Lala Cheema dari Port Orange, Florida telah memenangi MasterChef 2001.[6]

MasterChef_USA

Negara asal Amerika Syarikat
Penerbit eksekutif Elizabeth Brock
Diikuti oleh MasterChef (siri TV AS)
Format gambar 4:3
Pengacara Gary Rhodes
Tempoh siaran 30-60 minit per episod
Siaran asal 1 April 2000 – 30 Jun 2001
Bilangan episod 26
Saluran asal PBS