Masyhur_(album)
Masyhur_(album)

Masyhur_(album)

Masyhur merupakan album studio ke-8 penyanyi popular Noraniza Idris yang diterbitkan pada 01 Jun 1998. Masyhur memuatkan lagu-lagu seperti Dikir Puteri, Zapin Pusaka, Joget Berkias Kasih dan Dondang Dendang. Album ini mendapat sambutan menggalakkan apabila terjual 80,000 ribu unit dalam masa enam bulan dipasarkan. Oleh kerana sambutan yang luar biasa, Album ini telah memenangi anugerah Album Pop Etnik Terbaik di AIM 1999 dan pada masa yang sama Masyhur tercalon untuk Album Terbaik. Kemenangan kali ini merupakan kemenangan kedua Noraniza selepas album Ala Dondang. Secara tak langsung, menerusi penghasilan dua album tersebut, Noraniza mengumpul dengan lebih ramai lagi pengikut dan peminat lagu-lagu pop tradisional. Pak Ngah dan S. Atan selaku penerbit album ini.

Masyhur_(album)

Dikeluarkan pada 1 June 1998[1]
Masa 50:17
Penerbit Pak Ngah, S. Atan
Genre Irama Malaysia, Etnik Kreatif
Syarikat Suria Records