Mat_Over
Mat_Over

Mat_Over

Sulaiman Yassin (lahir 1952) atau lebih terkenal sebagai Mat Over ialah pelawak dan pelakon Malaysia.[1] dalam sitkom popular "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" yang pernah disiarkan di TV3 arahan Hatta Azad Khan yang berkisar kehidupan penduduk rumah pangsa di Flat Seri Wangi. Kisah ini telah dipentaskan beberapa kali sebagai pementasan muzikal.Mat Over menambah watak-watak yang mewakili penduduk pantai timur dengan menggunakan Bahasa Melayu Terengganu yang cukup berkesan. Raut muka yang cengkung, bermisai, rambut kerinting serta tinggi cukup menghiburkan penonton.Selain bergelar pelawak, Sulaiman juga seorang penyanyi lagu-lagu tradisional. Beliau merupakan teman duet kepada Ratu Pop Tradisional Malaysia iaitu Noraniza Idris dan sering bergandingan dalam banyak persembahan kebudayaan. Sulaiman menjadi pilihan untuk berduet dengan Noraniza setelah kepergian penyanyi veteran Abdullah Chik yang telah kembali ke rahmatullah pada 1995. Lagu Tanda Kasih adalah lagu duet Sulaiman dan Noraniza yang masih popular hingga kini.Nama Mat Over kembali menjadi perhatian netizen apabila video beliau menampar David Teo yang sedang bertanya soalan semasa sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Najib Razak pada 17 Mei 2017 tular di media sosial.[2]