Penerbitan Mat_Tudung

Mat Tudung diarahkan oleh Waan Hafiz dan diterbitkan oleh Showbiz Productions yang sebelum ini menerbitkan filem Hantu Kapcai (2012). Kos pembikinan filem ini berjumlah RM1.5 juta termasuk promosi.[2]

Fizz Fairuz yang terkenal dengan peranan televisyen dan filem, memegang watak sebagai Johari, seorang mat rempit yang menyamar sebagai Johanna. Semasa filem ini diterbitkan Fizz bertengkar dengan pengarahnya, Waan Hafiz kerana tidak berpuas hati dengan tindakannya memasukkan beberapa babak yang dirasakan tidak perlu dimuatkan dalam Mat Tudung.[3][4] Nelydia Senrose yang terkenal dengan peranan lakonannya seperti Setia Hujung Nyawa memegang watak sebagai Zizie. Penggambaran filem ini dijalankan selama 13 hari di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Port Dickson.