Kontroversi Mata_(lagu_Ayda_Jebat)

"Mata" menjadi subjek kecaman apabila logo single lagu itu didakwa mempunyai hubung kait dengan illuminati. Menurut Ayda, gimik logo yang mencantumkan beberapa nombor itu menampakkan bentuk mata, yang dikatakan seperti lambang Illuminati. Beliau berkata bahawa simbolik mata itu mempunyai maksudnya tersendiri. "Jika diamati sebaiknya, dapat dilihat beberapa nombor yang dicantumkan kelihatan seperti mata. Ia bukan saja-saja dibuat tanpa mempunyai maksud, sebaliknya ia membawa makna simbolik dalam setiap bentuk yang dipilih. Lagu "Mata" membawa erti semangat yang didekasikan buat mereka yang hampir berputus asa untuk bangkit dan tidak mengalah begitu saja. Selain memberi aura positif menerusi lagu ini, saya juga berharap peminat turut menghayati liriknya".[2]