Kesahihannya Mata_wang_kripto

Status undang-undang bagi mata wang kriptografi berbeza-beza dari negara ke negara dan masih belum jelas atau berubah di kebanyakan mereka. Sungguhpun sesetengah negara secara jelas membenarkan penggunaan dan perdagangan mereka, negara yang lain telah mengharamkan atau menyekatnya. Begitu juga, pelbagai agensi kerajaan, jabatan, dan mahkamah telah mengklasifikasikan bitcoin secara berbeza. Bank Pusat China telah mengharamkan pengendalian bitcoin oleh institusi kewangan di China semasa tempoh penerimaan pakainya yang sangat cepat pada awal tahun 2014.[28] Di Rusia, sungguhpun kriptografi adalah sah, adalah haram untuk benar-benar membeli barangan dengan mata wang lain selain ruble Rusia.[29]

Pada 25 Mac 2014, Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat (IRS) memutuskan bahawa bitcoin akan dianggap sebagai harta untuk tujuan cukai bukannya sebagai mata wang. Ini bermakna bitcoin akan tertakluk kepada cukai keuntungan modal. Satu daripada manfaat keputusan ini ialah ia menjelaskan kesahihan bitcoin. Pelabur tidak lagi perlu bimbang bahawa pelaburan atau keuntungan yang didapati dari bitcoin adalah haram atau bagaimana cara melaporkannya kepada IRS.[30] Dalam makalah yang diterbitkan oleh penyelidik dari Oxford dan Warwick, menunjukkan bahawa bitcoin mempunyai beberapa ciri yang mirip dengan pasaran logam berharga berbanding dengan mata wang tradisional, dengan itu dalam persetujuan dengan keputusan IRS sungguhpun berdasarkan alasan yang berbeza.[31]

Isu-isu undang-undang yang tidak berurusan dengan kerajaan juga timbul bagi mata wang kripto. Sebagai contoh, Coinye adalah altcoin yang menggunakan rapper Kanye West sebagai logonya tanpa kebenaran. Apabila mendengar mengenai penerbitan Coinye, yang pada awalnya dipanggil Coinye West, peguam bagi Kanye West menghantar surat tuntutan berhenti (" cease and desist") kepada pengendali email Coinye, David P. McEnery Jr. Surat itu menyatakan bahawa Coinye merupakan pelanggaran cap dagang yang sengaja, persaingan tidak adil, lanunsiber, dan pencairan dan mengarahkan Coinye untuk berhenti menggunakan kesamaan dan nama Kanye West.[32]

Rujukan

WikiPedia: Mata_wang_kripto http://www.americanbanker.com/bankthink/how-crypto... http://bitcoinmagazine.com/12839/big-picture-china... http://www.digitaltrends.com/social-media/dogecoin... http://www.forbes.com/forbes/2011/0509/technology-... http://www.forbes.com/sites/kashmirhill/2014/01/31... http://economictimes.indiatimes.com/news/internati... http://www.investopedia.com/terms/a/altcoin.asp http://www.nasdaq.com/article/3-reasons-the-irs-bi... http://www.newsbtc.com/2015/09/09/what-is-the-diff... http://www.pcworld.com/article/2039184/bitcoin-dev...