Matlamat Matlamat_Pembangunan_Mampan

17 Matlamat serta huraian ringkasnya adalah seperti di bawah:

17 Matlamat Pembangunan Lestari[3]
No.MatlamatHuraianRujukan
1Tiada Kemiskinan"Menamatkan kemiskinan dalam semua bentuk di mana-mana."[4]
2Kelaparan Sifar"Menamatkan kelaparan, mencapai jaminan makanan dan nutrisi yang lebih baik serta menggalakkan pertanian mampan."[5]
3Kesihatan Baik dan Kesejahteraan"Memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan kepada semua dalam semua lapisan umur."[6]
4Pendidikan Berkualiti"Menjamin pendidikan menyeluruh dan ekuiti serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua."[7]
5Kesaksamaan Gender"Mencapai kesamarataan gender dan menguatkan semua orang wanita."[8]
6Air Bersih dan Sanitasi"Memastikan kecapaian dan pengurusan mampan air dan sanitasi kepada semua."[9]
7Tenaga Berpatutan dan Bersih"Menjamin capaian kepada tenaga berpatutan, dipercayai, mampan dan moden kepada semua."[10]
8Pekerjaan Yang Sesuai dan Pembangunan Ekonomi"Mempromosikan perkembangan ekonomi mampan dan menyeluruh, pekerjaan penuh dan produktif, dan pekerjaan layak kepada semua."[11]
9Industri, Inovasi dan Infrastruktur"Membina infrastruktur kukuh, mempromosikan industri yang menyeluruh dan mampan dan merangsang inovasi."[12]
10Mengurangkan Ketidaksamaan"Mengurangkan ketidaksamaan pendapatan dalam dan sesama negara."[13]
11Bandar dan Masyarakat Mampan"Menjadikan bandar dan petempatan manusia menyeluruh, selamat, kukuh dan mampan."[14]
12Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab"Memastikan corak penggunaan dan pengeluaran mampan."[15]
13Tindakan Terhadap Iklim"Mengambil tindakan segera untuk menangani perubahan iklim serta kesannya dengan mengawal pengeluaran gas rumah hijau dan menggalakkan pembangunan tenaga boleh diperbaharui."[16]
14Kehidupan dalam Air"Memulihara dan menggunakan lautan, laut dan sumber marin dengan mampan demi pembangunan mampan."[17]
15Kehidupan di Darat"Memelihara, memulihara dan menggalakkan penggunaan mampan ekosistem darat, menguruskan hutan secara mampan, mengekang penebangan hutan, menghentikan dan mengundurkan degradasi tanah, dan menghentikan kehilangan biokepelbagaian."[18]
16Keamanan, Keadilan dan Pertubuhan Kukuh"Mempromosikan masyarakat aman dan menyeluruh demi pembangunan mampan, memberikan capaian keadilan kepada semua, dan membina institusi yang berkesan, dipercayai dan menyeluruh pada semua tahap."[19]
17Kerjasama demi Matlamat"Menguatkan cara pengamalan dan menggiatkan kerjasama antarabangsa demi pembangunan mampan."[20]

Matlamat-matlamat di atas terdiri daripada 169 sasaran khusus yang merangkumi pelbagai jenis pembangunan mampan seperti membasmikan kemiskinan, meningkatkan mutu kesihatan dan menangani perubahan iklim.[21]

Rujukan

WikiPedia: Matlamat_Pembangunan_Mampan http://sustainabledevelopment.un.org/content/docum... http://sustainabledevelopment.un.org/sdgs http://www.undp.org/content/undp/en/home/sustainab... http://www.undp.org/content/undp/en/home/sustainab... http://www.undp.org/content/undp/en/home/sustainab... http://www.undp.org/content/undp/en/home/sustainab... http://www.undp.org/content/undp/en/home/sustainab... http://www.undp.org/content/undp/en/home/sustainab... http://www.undp.org/content/undp/en/home/sustainab... http://www.undp.org/content/undp/en/home/sustainab...