Mayflower
Mayflower

Mayflower

Mayflower ialah sebuah kapal dari England yang mengangkut sekumpulan penganut Puritan (kini bergelar Pilgrim) —sebanyak 102 orang penumpang termasuk 30 anak kapal dianggarkan namun bilangan sebenar tidak diketahui[1]— dari Plymouth ke benua Amerika Utara dalam Dunia Baru pada tahun 1620.[2] Para penumpang kapal ini menandatangani suatu persetiaan (Mayflower Compact) sebelum meninggalkan kapal dan mendirikan suatu petempatan baru di sana: dokumen tersebut dikarang membentuk satu bentuk demokrasi asas dengan setiap ahli yang menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.[3]Kapal ini telah menjadi salah satu simbol utama dalam sejarah pembentukan negara Amerika Syarikat yang moden, terutamanya berkaitan sejarah pertapakan pendatang-pendatang asing dari Dunia Lama (terutamanya Eropah) yang tiba membentuk budaya dan kependudukan negara moden ini.[4]