Media Prima Berhad
Media Prima Berhad

Media Prima Berhad

Media Prima Berhad (MYX: 4502) ialah konglomerat media dan hiburan bersepadu Malaysia yang beribu pejabat di Bandar Utama. Ia merupakan konglomerat media dan hiburan dan terbesar Malaysia dari segi pendapatan, pendapatan operasi, pendapatan bersih, aset, ekuiti, permodalan pasaran, dan bilangan pekerja. Ditubuhkan pada 2003 menerusi pemecahan aset media Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), syarikat ini tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia dan kini memiliki 100 peratus kepentingan ekuiti dalam TV3, E!, ntv7, 8TV dan TV9. Media Prima juga memiliki lebih daripada 98 peratus kepentingan ekuiti dalam The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, salah sebuah kumpulan penerbitan akhbar terbesar di Malaysia yang menerbitkan akhbar-akhbar terkemuka seperti New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.Media Prima juga memiliki empat stesen radio iaitu, Fly FM, Hot FM, One FM dan Kool FM di bawah Rangkaian Radio Media Prima. Kepentingan lain berasaskan media bagi Media Prima adalah dalam bidang penerbitan karya; pengurusan acara dan bakat. Kedudukan kumpulan ini sebagai peneraju dalam bidang pengiklanan luar adalah melalui Big Tree Outdoor Sdn Bhd, UPD Sdn Bhd, The Right Channel Sdn Bhd dan Kurnia Outdoor Sdn Bhd.Kumpulan ini juga telah mengembangkan sayapnya ke platform media baru melalui Alt Media dengan pelancaran portal internet gaya hidup, gua.com.my dan Tonton.com.my, video portal baru yang canggih dengan kemampuan definisi tinggi (HD) yang menawarkan kebebasan memilih kandungan secara individu dan rangkaian sosial yang interaktif. Emas ialah saluran retro pertama di Malaysia yang menyiarkan program-program TV popular produksi Media Prima yang boleh ditonton melalui TV Internet Protokol (IPTV) di HyppTV dan Unifi milik Telekom Malaysia. Aurora Mulia Sdn. Bhd., yang dimiliki oleh Syed Mokhtar Al-Bukhary, merupakan pemegang saham terbesar di dalam Media Prima.[1]

Media Prima Berhad

Industri Media massa
Tempat dibekalkan Seluruh negara
Pendapatan bersih RM 137.08 juta
Bilangan pekerja 3,919 (Disember 2017)
ISIN MYL4502OO000
Perancang utama
  • Mohd Nasir Ahmad (Pengerusi)
  • Kamal Khalid (Pengarah Urusan Kumpulan)
Ibu pejabat Bandar Utama, Petaling, Selangor, Malaysia
Laman sesawang www.mediaprima.com.my
Ditubuhkan 23 September 2003; 16 tahun yang lalu (2003-09-23)
Hasil RM 1.40 bilion
Pembahagian TV3, E!, ntv7, 8TV, TV9, Hot FM, Fly FM, One FM, Kool FM, New Straits Times Press, Primeworks Studios, Grand Brilliance, Big Tree Outdoor, Media Prima Digital, Media Prima Labs
Didagangkan sebagai MYX: 4502
Perkhidmatan Penyiaran televisyen, percetakan, radio, pengiklanan luar, penciptaan kandungan, media baru
Jenis Awam

Rujukan

WikiPedia: Media Prima Berhad http://www.apb-news.com/content/july05/lead-mediap... http://broadcastengineering.com/automation/digital... http://www.bursamalaysia.com/market/listed-compani... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelo... http://www.marketing-interactive.com/media-prima-b... http://www.mysinchew.com/node/22886 http://www.onscreenasia.com/article-3555-mpbsprime... http://www.theedgedaily.com/cms/content.jsp?id=com... http://www.theedgemarkets.com/article/media-prima%... http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/Tuesd...