Internet Media

Semasa dekad terakhir abad ke-20, kelahiran Internet dan World Wide Web menandakan era baru dalam bidang media, apabila sesiapapun boleh mendapat pendedahan seluas liputan media penyiaran. Untuk pertama kalinya, sesiapa sahaja yang mempunyai laman web boleh 'berucap' kepada 'pendengar' di seluruh dunia, walaupun melayan jumlah trafik yang tinggi masih menelan belanja besar. Akan tetapi, mungkin dengan adanya teknologi rakan-ke-rakan (P2P), kos lebar jalur (bandwidth) akan menurun.