Medusa
Medusa

Medusa

Dalam mitos Yunani, Medusa (Bahasa Yunani: Μέδουσα (Médousa), "pelindung") merupakan seekor raksasa Gorgon yang umumnya diperikan berwajah wanita hodoh dan berambutkan ular berbisa. Sesiapa yang menenung wajahnya secara terus akan bertukar menjadi batu. Kebanyakan sumber menyifatkannya sebagai sources describe her as the daughter of Phorcys and Keto,[1] namun pengarangnya Hyginus (Fabulae, 151) menokok tambah bahawa Medusa ada ibu bapa dari alam kubur.[2]Medusa dipenggal kepalanya oleh Perseus sang perwira yang kemudian menggunakan kepalanya sebagai senjata[3] sehingga Perseus menyerahkan kepala itu kepada dewi Athena untuk diletakkan pada perisainya. Dalam bahariah klasik, lambang kepala Medusa terdapat pada alat sakti pembasmi kejahatan yang dipanggil Gorgoneion.