Mega_TV
Mega_TV

Mega_TV

Mega TV merupakan stesen televisyen Malaysia yang menawarkan khidmat langgan pelbagai saluran yang tersedia 24-jam pertama di Malaysia.[1] Mega TV diperbadankan pada 18 Oktober 1994 dengan dioperasikan oleh TV3. Pemancaran penyiaran bermula pada 1 November 1995 menggunakan Sistem Penyiaran berdasarkan gelombang mikro. Menemui persaingan daripada saluran televisyen berbayar Astro, Mega TV telah menamatkan penyiarannya bermula 2001.