Megatron

Megatron adalah satu watak fiksyen dalam francais animasi Transformers, dicipta oleh Hasbro pada tahun 1984, berdasarkan reka bentuk mainan Takara. Megatron yang asal merupakan Pemimpin Utama Decepticon, yang boleh bertukar menjadi tiga jenis senjata yang berlainan; iaitu pistol Walther P38, meriam pancaran zarah, dan meriam laser teleskopik.[1] Beliau adalah bentuk hidup robotik yang berakal dari planet Cybertron dan pemimpin kumpulan Decepticon yang jahat serta musuh ketat pemimpin Autobot Optimus Prime.[2]Megatron sering digambarkan sebagai pekerja yang bangkit dari bawah hingga menjadi juara dalam pertarungan gladiator.[1] Selaku gladiator, beliau mengambil nama legenda "Megatronus" untuk dirinya dan kemudian akan menjurus kepada watak jahat. Beliau menyeru agar menamatkan pemerintah planet Cybertron yang korup dan memberitahu robot-robot yang tertindas bahawa kebebasan diri sendiri adalah hak semua makhluk berakal, menjadi mentor kepada Optimus Prime muda. Prime kemudian menggunakan ajarannya melawan beliau apabila beliau menjadi korup. Beliau mempunyai keupayaan untuk mengubah antara bentuk robotnya dan beberapa bentuk senjata atau kenderaan, tetapi "mod-selang-seli" ini, asal-usul mahupun personalitinya, boleh berubah-ubah bergantung pada mana "alam semesta" yang beliau temui. Cara ini dianggap paling konsisten antara pelbagai jelmaan. Perbezaan selanjutnya dapat dilihat pada bahagian masing-masing dibawah.