Mehmed_IV
Mehmed_IV

Mehmed_IV

Mehmed IV atau Muhammad IV (Turki Uthmaniyyah/Jawi: محمد الرابع Meḥmed-i rābiʿ; Turki moden: IV. Mehmet; 2 Januari 1642 – 6 Januari 1693) ialah sultan bagi Empayar Uthmaniyyah dari tahun 1648 sehingga 1687. Baginda ialah anakanda lelaki kepada sultan İbrahim I dan permaisuri Turhan Hatice. Baginda menaiki takhta pada usia enam tahun selepas ayahandanya digulingkan dalam rampasan kuasa. Sultan Mehmed juga menjadi sultan kedua paling lama memerintah dalam sejarah Uthmaniyyah.[1]Di bawah pemerintahan baginda, Empayar Uthmaniyyah telah mencapai kemuncak perkembangan wilayahnya di Eropah. Sejak usia yang muda lagi, baginda mempunyai minat yang mendalam terhadap kegiatan pemburuan sehingga dikenali sebagai avcı (Pemburu).[1] Pada 1687, sultan Mehmed digulingkan oleh pihak tentera kerana kekecewaan terhadap perang Liga Kudus yang berterusan. Baginda kemudiannya bersara di Edirne, menetap di situ sehingga mangkat pada 1693.[1]

Mehmed_IV

Pemerintahan 8 Ogos 1648 – 8 November 1687
Ayahanda Ibrahim
Pemakaman Masjid Baru, Istanbul
Pasangan Gülnuş Sultan (isteri sah)
Siyavuş Sultan
Afife Sultan
Rabia Sultan
Kaniya Sultan
Gülbeyaz Hatun
Rukiye Hatun
Cihanşah Hatun
Dürriye Hatun
Nevruz Hatun
Bonda Turhan Hatice
Tughra
Agama Sunni Islam
Anakanda lihat di bawah
Pemangku
Lihat juga
Nama penuh
Nama penuh
Mehmed bin Ibrahim
Kemangkatan 6 Januari 1693(1693-01-06) (umur 51)
Edirne, Empayar Uthmaniyyah
Didahului oleh Ibrahim
Keputeraan (1642-01-02)2 Januari 1642
Istana Topkapı, Constantinople, Empayar Uthmaniyyah
Dynasti Uthmaniyyah
Diikuti oleh Suleiman II