Mehmed_V
Mehmed_V

Mehmed_V

Sultan Mehmed Resat (bergelar Mehmed V; 2 November 18443 Julai 1918) ialah khalifah Empayar Uthmaniyyah yang memerintah antara 1909-1918. Baginda menaiki takhta diraja setelah penggulingan Sultan Abdul Hamid II pada usia 65 tahun. Baginda belajar 2 tsaqofah, Timur dan Barat. Baginda menjadi sultan pertama yang memerintah di bawah perjanjian al-Masyruthiyah dan tak berpengaruh apapun, dan membiarkan jalannya pemerintahan berada pada Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan. Pada masanya terjadi Perang Tripoli (1911) antara Utsmani dan orang-orang Libya melawan Itali, kemudian Perang Balkan antara Empayar Uthmaniyah melawan pemberontak-pemberontak di Yunani, Bulgaria, Serbia dan Montenegro lalu Perang Dunia Pertama (1914-1918).