Perang_Dunia_Pertama

Rusia
Perancis
United Kingdom
Kanada
Itali
Amerika Syarikat
Bulgaria
Empayar Turki Uthmaniyyah
Austria-Hungary
Empayar JermanPerang Dunia Pertama ialah sebuah perang dunia yang berlarutan antara 28 Julai 1914 - genap sebulan setelah pembunuhan terancang Erzherzog Franz Ferdinand dari Austria dan isterinya di di Sarajevo, Bosnia oleh seorang pengganas Serbia - hingga 11 November 1918.Austria-Hungary memutuskan menghukum Serbia atas pembunuhan ketua negaranya dengan sokongan Empayar Jerman pada 28 Julai 1914. Rusia membuat penyediaan menyokong Serbia dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman juga menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman menyerang Belgium, sebuah negara yang berkecuali. Britain kemudian menyerang Jerman sebagai tindak balas ini.Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara Perancis, Britain dan Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan sekutunya digelarkan "Kuasa-kuasa Pusat" manakala negara-negara yang menentangi mereka digelarkan "Tentera Bersekutu". Sewaktu peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak dengan Tentera Bersekutu. Pada tahun 1915, Itali menyertai Tentera Bersekutu kerana ingin menguasai tanah Austria. Dan pada tahun 1917, Amerika Syarikat memasuki peperangan memihak Tentera Bersekutu. Sungguhpun Tentera Bersekutu amat kuat, negara Jerman kelihatan hampir-hampir memenangi peperangan itu. Selepas 1914, negara Jerman menguasai Luxemborg, kebanyakan Belgium, serta sebahagian daripada Perancis utara. Negara Jerman juga menang di Barisan Timur ketika usaha Rusia tergagal. Akan tetapi menjelang 1918, tentera Jerman telah mengalami keletihan. Bekalannya tidak mencukupi dan terdapatnya pergolakan sosial di dalam negara sendiri. Pada waktu yang sama, semakin ramai tentera Amerika Syarikat baru tiba untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Pada musim panas 1918, tentera Amerika Syarikat membantu menentangi serangan Jerman yang terakhir di barat. Negara Jerman menurunkan tandatangan perjanjian peletakan senjata pada 11 November.Di bawah Persetiaan Versailles yang ditandatangani selepas Perang Dunia Pertama, negara Jerman menyerahkan tanah-tanah jajahan dan sebahagian daripada wilayah Eropahnya. Poland diasaskan semula dan menerima Posen {sekarang digelar Poznani), sebahagian Silesia serta sebahagian Prussia Barat. Alsace dan bahagian Lorraine yang dikuasai oleh Jerman dipulangkan kepada negara Perancis. Negara Perancis juga dapat menguasai kawasan Saar selama 15 tahun. Perjanjian ini juga meletakkan Rhineland di bawah pendudukan Tentera Bersekutu selama 15 tahun. Bilangan tentera Jerman dikecilkan tidak melebihi 100,000 askar serta dilarang mempunyai tentara udara. Jerman juga perlu membayar Tentera Bersekutu pampasan perang yang sungguh besar.Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia I. Pihak Bersekutu kehilangan 5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5 juta. Peperangan tersebut mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang terlibat dan dikenali sebagai "peperangan untuk mengakhiri semua peperangan" sehinggalah Perang Dunia II berlaku.

Perang_Dunia_Pertama

Tarikh 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918
TarikhLokasiHasil
Tarikh28 Julai 1914 hingga 11 November 1918
LokasiEropah, Afrika dan Timur Tengah (secara ringkas di China dan Kepulauan Pasifik)
HasilKemenangan pihak berikat. Berakhirnya Empayar Jerman, Empayar Rusia, Empayar Turki Uthmaniyyah, dan Austria-Hungary. Terbentuknya negara-negara baru di Eropah Timur.
Lokasi Eropah, Afrika dan Timur Tengah (secara ringkas di China dan Kepulauan Pasifik)
Hasil Kemenangan pihak berikat. Berakhirnya Empayar Jerman, Empayar Rusia, Empayar Turki Uthmaniyyah, dan Austria-Hungary. Terbentuknya negara-negara baru di Eropah Timur.