Melayu_Deli_(album_Noraniza_Idris)
Melayu_Deli_(album_Noraniza_Idris)

Melayu_Deli_(album_Noraniza_Idris)

Melayu Deli adalah sebuah album gandingan penyanyi-penyanyi muda dan lama yang menyanyikan semula lagu-lagu popular berentak Melayu Deli yang sebelum itu popular di Indonesia. Album ini menyaksikan kemunculan pertama penyanyi asli remaja yang kini bergelar Ratu Pop Tradisional, Noraniza Idris yang ketika itu baru sahaja menyertai pertandingan Bintang RTM 1985.Biarpun hanya mampu ke peringkat separuh akhir, bakat nyanyian Noraniza yang ketika itu baru berusia 17 tahun dikesan lebih cenderung kepada muzik tradisional dan sejak itu beliau diberi peluang untuk merakamkan lagu-lagu berirama sebegini.

Melayu_Deli_(album_Noraniza_Idris)

Dikeluarkan pada 1985
Penerbit Omar Taib
Genre Tradisional, Melayu Deli
Syarikat Life Records