Membeli-belah_dalam_talian
Membeli-belah_dalam_talian

Membeli-belah_dalam_talian

Membeli-belah dalam talian atau pembelian dalam talian ialah proses yang pengguna lakukan untuk membeli produk atau perkhidmatan dalam Internet. Kedai dalam talian, e-kedai, kedai internet, kedai sesawang, atau kedai maya kesemuanya adalah padanan dalam talian kepada peruncit bata dan lepa dan pusat membeli-belah. Metafora katalog dalam talian juga digunakan sebagai analogi kepada katalog pesanan mel. Semua jenis kedia mempunyai laman sesawang runcit, termasuk juga yang tidak mempunyai kedai fizikal atau katalog cetak. Membeli-belah dalam talian ialah sejenis perdagangan elektronik yang digunakan untuk urus niaga perniagaan-ke-perniagaan (B2B) dan perniagaan-ke-pengguna (B2C).