Peruncitan ialah
penjualan barang atau
dagangan dari sesuatu tempat yang tetap atau menerusi
pos, dalam kumpulan atau longgok yang kecil untuk
penggunaan pembeli.
[1] Tempat tetap boleh merupakan
kedai serbaneka,
butik, atau
gerai, dengan tempat tetap itu boleh terletak di:Jalan membeli-belah kekadang hanya mengkhususkan pelanggan
pejalan kaki. Jalan jenis itu kekadang menyediakan
bumbung penuh atau bumbung sebahagian untuk melindungi
pelanggannya daripada curah
hujan. Peruncitan dalam talian, sejenis
perdagangan elektronik yang digunakan untuk urus niaga
perniagaan ke pengguna (B2C), dan
pesanan pos merupakan bentuk peruncitan tanpa kedai.Peruncit merupakan akhir
rantaian bekalan, dengan perkhidmatan yang disediakan kekadang merangkumi perkhidmatan sampingan seperti
penghantaran. Dalam bidang
perdagangan, "peruncit" membeli barang atau
produk dalam jumlah yang besar daripada
pengilang atau
pengimport, baik secara langsung atau melalui
pemborong, lalu menjualnya pada jumlah yang lebih kecil kepada
pengguna akhir. Para
pemasar perkilangan melihat proses peruncitan sebagai sebahagian yang penting dalam keseluruhan strategi
pengedaran mereka. Istilah "peruncit" juga merangkumi pembekal perkhidmatan yang melayani keperluan sebilangan individu yang besar, misalnya
utiliti awam seperti
kuasa elektrik. Pembeli boleh merupakan perorangan atau perniagaan.
Membeli-belah umumnya merujuk kepada perbuatan membeli barang. Ia kekadang dilakukan untuk memperoleh barang keperluan seperti
makanan dan
pakaian. Sebaliknya, membeli-belah kekadang juga dilakukan sebagai kegiatan
rekreasi. Membeli-belah rekreasi seringnya melibatkan tengok-tengok barang di kedai yang tidak selalu menyebabkan pembelian.