Memory_Stick
Memory_Stick

Memory_Stick

Memory Stick (kadang-kadang disingkatkan kepada MS) adalah format kad ingatan kilat yang mula dilancarkan oleh Sony pada bulan Oktober 1998 , dan istilah tersebut juga digunakan bagi merangkumi keseluruhan keluarga Memory Stick. Antaranya termasuklah Memory Stick PRO, penambah baikan yang membolehkan kapasiti storan yang lebih besar serta kadar pemindahan data yang lebih pantas; Memory Stick Duo, versi lebih kecil bagi Memory Stick (termasuklah PRO Duo); serta Memory Stick Micro (M2) yang lebih kecil lagi. Pada Disember 2006 Sony melancarkan Memory Stick PRO-HG, varian berkelajuan tinggi bagi MS PRO untuk kegunaan gambar pegun dan video berdefinisi tinggi.