Sejarah Memory_Stick

Memory Stick asal cuma boleh didapati sehingga saiz 128 MB, dan satu lagi versi iaitu Memory Stick Select membolehkan 2 cip ingatan 128 MB dipasang pada kad yang sama. Masalah tersebut hanya dapat diatasi melalui pengenalan Memory Stick PRO. Kad 8 GB telah diperkenalkan pada Pertunjukan Elektronik Pengguna 2006 di Las Vegas, Nevada dan menurut Sony, kelajuan potensi maksimum bagi Memory Stick PRO adalah 32 GB.

Walaupun jangka hayat produk bagi Memory Stick boleh dikatakan setanding dengan format terkenal lain seperti CompactFlash dan Secure Digital (SD), kegunaannya hanya terhad kepada produk buatan Sony ataupun Sony Ericsson. Sony turut memberi lesen bagi SanDisk dan Lexar untuk mengeluarkan Memory Stick.