Sinopsis Menanti_Februari_(drama)

Menanti Februari mengisahkan tiga rakan karib iaitu Arie, Fiza dan Edi.

Arie dan Edi bersama-sama menaruh hati terhadap Fiza. Atas ketentuan jodoh, Fiza berkahwin dengan Arie menyebabkan Edi memendam rasa.

Namun, kebahagiaan yang diharapkan Fiza tidak kesampaian apabila Arie terlalu taksub dengan kerjanya sehingga mengabaikan perasaan Fiza.