Mengabang Telipot adalah sebuah
perkampungan nelayan Terengganu di
Malaysia yang terletak 18 Kilometer dari
Kuala Terengganu melalui Jambatan Sultan Mahmud yang terletak di Jalan Pantai menuju ke Kampung Batu Rakit. Kampung ini di percayai berusia lebih kurang 100 tahun, dan mempunyai sebuah
masjid, iaitu
Masjid Mengabang Telipot, yang dibina pada awal tahun
1920-an, namum struktur asal masjid ini telah dirobohkan pada tahun 2015 untuk memberi ruang kepada pembinaan masjid baru di atas tapak asal masjid ini. Kejayaan penduduk-penduduk Mengabang Telipot terbukti sejak tahun 1970 lagi. Ada di antara anak jatinya yang telah berjaya melanjutkan pelajaran mereka sehingga ke
United Kingdom, walaupun pada ketika itu, kampung mereka hanyalah kampung yang terpencil di Terengganu. Ini juga membangkitkan semangat penduduknya yang lain yang telah mengikut jejak-jejak mereka yang berjaya, walaupun hanya ke peringkat institusi-institusi pengajian tempatan. Selain itu, salah sebuah
sekolah rendah yang tertua di Terengganu, iaitu
Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot, telah banyak melahirkan
graduan, tokoh
politik,
pensyarah,
penulis novel,
ahli sukan,
seniman, dan juga "pencipta revolusi pemuzik bebas di Malaysia".Kampung ini amat terkenal dengan ikan dan sotong celup tepung yang terletak di pantai kolam. Mengabang Telipot berhadapan dengan ancaman hakisan ombak.
[1]