Sejarah Menteri_Pertahanan_Jepun

Pada 26 Disember 2007, Kerajaan Jalepun mengambil keputusan untuk menaik taraf Agensi Pertahanannya ke Kementerian Pertahanan dengan harapan dapat memberi kesan yang meluas terhadap pembangunan tentera masa hadapan Jepun. Dasar pertahanan yang telah diikuti oleh Jepun adalah berdasarkan "Dasar Asas bagi Pertahanan Nasional", yang diguna pakai oleh Kabinet pada bulan Mei 1957. Tujuan utama pertahanan nasional Jepun ialah pencegahan tidak langsung serta pencerobohan langsung dari musuh-musuh luar.

Kerajaan Jepun menaik taraf Agensi Pertahanan ke Kementerian Pertahanan dengan satu upacara yang dihadiri oleh Perdana Menteri Shinzō Abe dan Menteri Pertahanan baru ketika itu Fumio Kyuma. Penubuhan Kementerian Pertahanan bersempena usaha berterusan Perdana Menteri Shinzō Abe untuk memastikan imej yang lebih kuat daripada Angkatan Pertahanan Diri Jepun (JSDF). Rang undang-undang untuk menaik taraf Agensi Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan telah diluluskan oleh Dewan Perwakilan (dewan rakyat) pada November 2007, dan Dewan Kaunselor (dewan pertuanan) pada pertengahan Disember 2007. Memandangkan Agensi Pertahanan diubah menjadi Kementerian Pertahanan, JSDF telah diberi tanggungjawab operasi antarabangsa, bantuan bencana dan pasukan pengaman di lokasi luar negara.