Terjemahan Mer_Hayrenik

Tanahair, bebas merdeka,
Kekal dari abad ke abad
Anak-anaknya menyeru
Armenia bebas merdeka.

Saudara, bendera untuk anda,
Yang dibuat dengan tanganku ini
Semalaman aku tidak lena,
Dibasahi dengan tangisanku.

Lihat padanya, tiga warna
Simbol pemberian kami.
Biarlah ia bersinar menentang musuh.
Biar Armenia sentiasa cemerlang.

Di mana-mana kematian sama sahaja
Semua orang hanya mati sekali
Tetapi bertuahlah dia
Yang terkorban untuk negaranya.