Mercari

Mercari, Inc. ( TYO: 4385 ) adalah sebuah syarikat e-dagang dari Jepun yang diasaskan sejak tahun 2013, dengan cawangan di Amerika Syarikat. [1] Produk utama mereka adalah aplikasi pasaran yang bernama Mercari. Applikasi ini dilancarkan di Jepun pada Julai tahun 2013, dan telah berkembang menjadi pasaran yang dijana oleh komuniti terbesar Jepun dengan anggaran transaksi melebihi JPY 10 bilion dilakukan di platform tersebut setiap bulan. [2] [3] Berdasarkan soal selidik pengguna di Jepun, Mercari merupakan aplikasi pasaran komuniti pilihan dengan 94 % pengguna melaporkan aplikasi tersebut. [4]Mercari telah membuka cawangan di Amerika Syarikat bermula pada tahun 2014 dan United Kingdom pada tahun 2016. [2] [5] Aplikasi Mercari telah dimuat turun melebihi 100 juta kali di seluruh dunia (berdasarkan data pada 16 Disember 2017). Syarikat ini juga merupakan antara syarikat yang pertama di Jepun mencapai status unicorn. [3] [6]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Mercari http://www.bloomberg.com/apps/quote?ticker=4385:JP http://www.businessinsider.com/mercari-passes-1-bi... http://mercari.com http://www.neymaroficial.com/en/posts/mercari-cele... http://www.prweb.com/releases/2014/09/prweb1216209... http://www.itmedia.co.jp/business/articles/1611/21... http://www.meti.go.jp/english/press/2016/0226_01.h... http://www2.tse.or.jp/tseHpFront/StockSearch.do?ca... http://thebridge.jp/2016/07/mercari-got-3rd-rankin... http://www.usajapan.org/event/2016-japan-us-innova...