Mercedes_Grand_Prix

Koordinat: 52°01′19″N 1°08′42″W / 52.021964°N 1.144899°W / 52.021964; -1.144899Mercedes-Benz kini bersaing dalam Formula Satu, dan bertanding sebagai Mercedes AMG Petronas Formula One Team, yang berpangkalan di Brackley, United Kingdom dengan menggunakan lesen Jerman. Mercedes-Benz telah bertanding dalam Kejuaraan Eropah dengan memenangi tiga gelaran, bertanding dalam Formula Satu pada tahun 1954, dan bertanding sebagai satu pasukan selama dua tahun. Mercedes-Benz kembali sebagai pembekal enjin pada tahun 1994, dan dua kejuaraan pengeluar dan empat kejuaraan pemandu telah dimenangi dengan enjin Mercedes-Benz. Mercedes bertanding sejak tahun 2010 selepas pembelian Brawn GP. Mercedes telah memenangi dua kejuaraan pemandu dan sepuluh perlumbaan sebagai satu pasukan dalam Formula Satu.Selepas memenangi perlumbaan pertama mereka di Grand Prix Perancis 1954, pemandu pasukan, Juan Manuel Fangio, memenangi tiga lagi Grand Prix untuk memenangi Kejuaraan Pemandu tahun tersebut, dan mengulangi kejayaan ini pada tahun berikutnya apabila beliau memenangi gelaran tersebut buat kali kedua dengan Mercedes. Walaupun memenangi dua kejuaraan, Mercedes-Benz menarik diri daripada sukan permotoran disebabkan insiden Le Mans 1955, dan tidak kembali sehingga menyertai semula sebagai pembekal enjin dengan persatuan bersama Ilmor. Walaupun Mercedes-Benz kembali sebagai pengeluar, tahap kejayaan masih lagi rendah. Sejak Mercedes kembali ke Formula Satu, tahap kejayaan mereka masih lagi rendah, dengan hanya memenangi empat perlumbaan, tiga oleh Nico Rosberg dan satu oleh Lewis Hamilton pada musim 2012 dan 2013. Rangkaian kuasa berprestasi tinggi Mercedes AMG pula membekalkan enjin kepada pasukan McLaren dan Force India.

Mercedes_Grand_Prix

Ketua pasukan Ross Brawn
Casis Mercedes F1 W04[4]
Nama terdahulu Brawn GP Formula One Team
Kejuaraan Pemandu 2 (1954, 1955)
Pusingan terpantas 13
Pemandu ujian Sam Bird
Anthony Davidson
Brendon Hartley
Petak pertama 17
Penampilan pertama Grand Prix Perancis 1954
Pangkalan Brackley, Northamptonshire, United Kingdom[1]
Pemandu 9. Nico Rosberg[2]
10. Lewis Hamilton[3]
Tayar Pirelli
Laman sesawang www.mercedes-amg-f1.com
Kemenangan 13
Nama penuh Mercedes AMG Petronas Formula One Team (2012–)
Mercedes GP Petronas Formula One Team (2010–2011)
Daimler-Benz AG (1954–1955)
Kedudukan 2012 Ke-5 (142 mata)
Ketua Pegawai Eksekutif Toto Wolff
Enjin Mercedes-Benz
Perlumbaan terkini Grand Prix Belgium 2018
Pengarah teknikal Bob Bell
Kejuaraan Pengeluar 0
Perlumbaan disertai 84