Formula_Satu_musim_2013

Formula Satu musim 2013 ialah Kejuaraan Dunia Formula Satu musim ke-64, iaitu kejuaraan lumba kereta untuk kereta Formula Satu kereta yang diiktiraf oleh badan induk sukan tersebut, iaitu Fédération Internationale de l'Automobile (FIA), sebagai kelas yang tertinggi dalam perlumbaan kereta roda terbuka. Sebelas pasukan dan dua puluh dua pemandu bertanding dalam 19 Grand Prix pada musim 2013 ini,[1] dengan pemandu dan pasukan yang menjadi juara keseluruhan akan dinobatkan sebagai Juara Pemandu dan Pengeluar Dunia. Musim ini bermula di Australia pada 17 Mac dan berakhir di Brazil pada 24 November.Musim 2013 merupakan tahun terakhir di mana Formula Satu menggunakan konfigurasi enjin V8 2.4 liter, dan enjin turbo V6 1.6 akan digunakan pada tahun 2014.[2]Sebastian Vettel memulakan musim ini sebagai Juara Pemandu, selepas memenangi kejuaraan dunia ketiganya berturut-turut di Grand Prix Brazil 2012, iaitu perlumbaan terakhir bagi musim 2013.[3] Pasukannya, Red Bull Racing ialah Juara Pengeluar Dunia bertahan, selepas merangkul kejuaraan tersebut di Grand Prix Amerika Syarikat 2012.[4]Selepas dua-belas perlumbaan, Vettel mendahului kejuaraan dengan 43 mata, di hadapan juara tahun 2005-2006, Fernando Alonso. Red Bull-Renault mendahului Kejuaraan Pengeluar dengan 104 mata, di hadapan Ferrari.

Rujukan

WikiPedia: Formula_Satu_musim_2013 http://adamcooperf1.com/2012/11/25/rbr-renamed-inf... http://motor.as.com/motor/2013/02/14/formula_1/136... http://www.autosport.com/news/report.php/id/101114 http://www.autosport.com/news/report.php/id/102674 http://www.autosport.com/news/report.php/id/102895 http://www.autosport.com/news/report.php/id/102906 http://www.autosport.com/news/report.php/id/103853 http://www.autosport.com/news/report.php/id/104468 http://www.autosport.com/news/report.php/id/104741 http://www.autosport.com/news/report.php/id/104800