Grand_Prix_Amerika_Syarikat_2012
Grand_Prix_Amerika_Syarikat_2012

Grand_Prix_Amerika_Syarikat_2012

Grand Prix Amerika Syarikat 2012 (nama rasmi: 2012 Formula 1 United States Grand Prix) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan di Circuit of the Americas, di Travis County, berhampiran Austin, Texas. Perlumbaan ini diadakan pada 18 November 2012, dan merupakan perlumbaan kedua terakhir dalam kalendar Formula Satu musim 2012. Ia merupakan perlumbaan Formula Satu yang pertama diadakan di litar serba baru ini, dan merupakan Grand Prix Amerika Syarikat yang pertama sejak tahun 2007.[2]Sebastian Vettel memulakan perlumbaan ini dari petak pertama.[3] Lewis Hamilton memenangi perlumbaan ini, dengan Vettel mendapat tempat kedua dan Fernando Alonso di tempat ketiga.[4] Keputusan Vettel sudah memadai bagi Red Bull Racing untuk memenangi Kejuaraan Pengeluar.[5]Ini merupakan perlumbaan yang ke-100 bagi Sebastian Vettel.