Rawatan Meroyan

Banyak kajian saintifik dan rencana journal terpelajar menyokong pendapat bahawa kemurungan postpartum boleh dirawat melalui pelbagai kaedah. Sekiranya punca sebenar PPD boleh dikenal pasti, sebagaimana digambarkan di bawah “risiko faktor sosial,” rawatan boleh disasarkan bagi mengurangkan punca sebenar masaalah, termasuk meningkatkan sokongan pasangan, bantuan tambahan dengan penjagaan anak, terapi kognitif, dll.

Wanita perlu dipandang serius apabila simptom PPD timbul. Ini merupakan perlaksanaan dua arah: Pertama, wanita postpartum ingin mempercayai gerak hatinya mengenai bagaimana perasaannya dan percaya bahawa simptomnya adalah cukup benar untuk memberitahu pasangannya, sahabat rapat, dan/atau doktornya; kesilapan kearah lebih berhati-hati banyak membantu dalam rawatan PPD.[2] Kedua, mereka yang diberitahu mestilah turut mengambil serius simptomnya, membantu dengan rawatan dan memberi sokongan. Pasangan, sahabat, dan doktor mungkin menyedari perubahan pada ibu postpartum yang dia sendiri tidak sedar. Mengetahui bahawa PPD boleh dirawat melalui pelbagai kaedah mampu menjadikan mendapatkan rawatan lebih mudah.

Pelbagai pilihan rawatan termasuk:

  • Penilaian perubatan untuk menyingkir masaalah physiologi
  • Terapi kelakuan kognitive (Cognitive behavioral therapy (contoh: (Psychotherapi)
  • Kemungkinan ubat-ubatan
  • Kumpulan sokongan
  • Lawatan rumah/pelawat
  • Permakanan kesihatan
  • Pola tidur yang tetap/sihat

Pengamal kesihatan berpengalaman akan bekerjasama dengan ibu selepas kelahiran (postpartum) bagi mengembangkan rancangan rawatan yang sesuai dengannya. Rancangan ini mungkin termasuk sebarang gabungan dari pilihan di atas, dan mungkin termasuk sedikit prebincangan atau jawapanbalas dari/dengan pasangan. Sekiranya wanita yang mengalami PPD tidak merasakan dia dipandang serius atau dicadangkan dengan rancangan rawatan yang dia tidak selesa, dia semestinya mahukan pandangan kedua.[2]

Dalam kajian 1997 yang dilakukan oleh Appleby et al., mengesahkan bahawa simptom ibu murung lepas beranak semakin pulih pada kadar yang sama apabila dirawat dengan terapi kelakuan kognitif (cognitive behavioral therapy) atau ubat anti-kemurungan fluoxetine. “Sekumpulan 61 ibu murung menamatkan rawatan 12-minggu dengan dan tanpa ubat anti-kemurungan antidepressant campur satu sesi berbanding enam sesi khidmat nasihat (counseling).” Pesakit bertambah baik selepas “satu hingga empat minggu salah satu rawatan di atas.”[15] Jumpaan dari kajian Appleby et al menunjukkan dengan muktamad bahawa menggabung khidmat nasihat dengan rawatan dadah tidak menambah baik dibandingkan dengan hanya rawatan dadah atau rawatan khidmat nasihat.[15] Ini mencadangkan bahawa khidmat nasihat sama berkesan sebagai rawatan bagi PPD sebagai ubat, dan “pilihan rawatan [psychotherapy vs. medication] boleh dilakukan oleh wanita itu sendiri”.[15] Terapi bentuk lain (seperti terapi berkumpulan dan pelawat rumah) juga merupakan rawatan berkesan bagi PPD.[2]

Wanita mungkin ingin berbincang mengenai pelbagai pilihan rawatan yang ada dengan doktornya dan, sekiranya menimbang rawatan ubat-ubatan, perlu menyuarakan ubat mana yang sesuai untuk diambil ketika menyusukan anak.

Rawatan bagi PPD mampu mengurangkan tempoh dihidapi dan tahap teruknya. Tanpa rawatan, Kelesuan Bayi (Baby Blues) mungkin hilang dengan sendirinya (sebagaimana dalam kebanyakan kes). PPD mungkin atau tidak hilang tanpa rawatan. Berbincang dengan pengamal kesihatan sebaik sahaja simptom muncul adalah cara terbaik untuk memastikan rawatan segera dan kembali kepada kehidupan normal.

Menurut The National Institutes of Mental Health, kajian menunjukkan bahawa tahun mampu hamil paling berkemungkinan bagi wanita mengalami kemurungan dalam tempoh hayatnya. Sekitar 15% dari kesemua wanita akan mengalami kemurungan postpartum selepas melahirkan anak. (Chasse, J). Apabila kesihatan mental ibu roboh, ia menjejaskan keseluruhan keluarga. (Postpartum Support International).

Rujukan

WikiPedia: Meroyan http://www.caringforkids.cps.ca/babies/Depression.... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.diseasesdatabase.com/ddb10921.htm http://www.emedicine.com/med/topic3408.htm http://www.gainesville.com/article/20090521/ARTICL... http://postpartumprogress.typepad.com http://itb.biologie.hu-berlin.de/~hagen/papers/per... http://www.sscnet.ucla.edu/anthro/faculty/barrett/... http://www.anth.ucsb.edu/projects/human/ppd.pdf http://www.fresno.ucsf.edu/pediatrics/downloads/ed...