Meruwi
Meruwi

Meruwi

 Meruwi (Jawi: ‏مرووي‎code: ms is deprecated ‎, /ˈmɛruiː/;[1] juga dieja Meroë, Meroe, Meroi;[2] Meroitik: Medewicode: xmr is deprecated ; Arab: مرواه, rumi: Meruwahcode: ar is deprecated dan Arab: مروي, rumi: Meruwicode: ar is deprecated ; Bahasa Yunani Kuno: Μερόηcode: grc is deprecated , Meróēcode: grc is deprecated ) ialah sebuah bandar purba di sebelah timur Sungai Nil kira-kira 6 km timur laut dari stesen Kabushiya berhampiran Shendi, Sudan, dan kira-kira 200 km timur laut Khartoum. Berhampiran tapak itu terdapat beberapa kampung yang dipanggil Bagrawiyah (Arab: البجراويةcode: ar is deprecated ). Bandar Meruwi dahulu ibu bandar Kerajaan Kush selama beberapa abad dari sekitar 590 SM, hingga ia jatuh pada abad ke-4 Masihi. Kerajaan orang Kush di Meruwi mendapat namanya sempena "Pulau Meruwi", wilayah Butana moden, wilayah yang bersempadan dengan Sungai Nil (dari Sungai Atbarah hingga Khartoum), Atbarah dan Sungai Nil Biru.Bandar Meruwi berada di pinggir Butana. Terdapat dua lagi bandar Meroitik di Butana: Musawwarat es-Sufra dan Naqa.[3][4] Yang pertama diberi nama Meruwi oleh raja Parsi, Cambyses, sempena saudara perempuan baginda dipanggil dengan nama itu. Bandar tersebut asalnya disebut Saba dalam zaman purba, sempena nama pengasas asal negara itu.[5] Nama eponim Saba, atau Seba, dinamakan untuk salah seorang anak lelaki Kush (lihat Kejadian 10:7). Bilangan tapak Meruwi yang banyak di barat wilayah Butana, malah berhampiran Butana, adalah penting untuk memahami bagaimana kawasan tengah wilayah itu diduduki. Cara susun atur penempatannya menunjukkan bahawa kerajaan mempunyai kuasa untuk mengawal pengeluaran bahan keperluan untuk rakyat.[6]Kerajaan Kush yang diduduki bandar Meruwi merupakan antara negeri-negeri terawal yang terletak di tengah-tengah Nil. Ia salah satu negeri terawal dan paling maju yang diasaskan di benua Afrika. Jika negeri-negeri awal sekitar kawasan Nil tengah diteliti, pemahaman tentang Meruwi, bersama-sama perkembangan sejarah negari-negari bersejarah lain, dapat diperkaya melalui memerhatikan bagaimana Meruwi mempengaruhi negeri-negeri Lembah Nil yang lain.[6]Tapak bandar Meruwi dipenuhi dengan dua ratus piramid yang dibina bertiga-tiga, namun kebanyakannya telah runtuh. Piramid-piramidnya mengikut saiz dan ukuran unik piramid Nubia.

Rujukan

WikiPedia: Meruwi https://www.ahdictionary.com/word/search.html?q=Me... https://whc.unesco.org/en/list/1336 https://whc.unesco.org/pg.cfm?cid=31&id_site=1073 https://web.archive.org/web/20060505032727/http://... https://web.archive.org/web/20200522115607/https:/... https://web.archive.org/web/20060505094401/http://... https://web.archive.org/web/20140104162559/http://... https://pace.webhosting.rug.nl/york/york/showText?... https://doi.org/10.1017%2FS0021853797007172 https://www.jstor.org/stable/183595