Mesin_fotokopi
Mesin_fotokopi

Mesin_fotokopi

Mesin fotokopi adalah sebuah mesin yang menghasilkan kertas salinan dokumen atau imej visual lain dengan cepat dan murah. Mesin fotokopi terkinibmenggunakan teknologi yang dipanggil xerografi, sejenis proses kering yang melibatkan pengecasan elektrostatik pada fotoreseptor peka cahaya untuk menarik dan kemudiannya memindahkan partikel (serbuk) toner kepada kertas membentuk suatu gambar. Haba, tekanan atau gabungan kedua-duanya kemudian digunakan untuk menggabungkan toner kepada kertas. (Mesin fotokopi boleh juga menggunakan teknologi lain seperti pencetak pancut dakwat, tapi xerografi biasa dipakai untuk tujuan kerja penyalinan.) Versi terdahulu termasuk Gestetner stensil duplikator, dicipta oleh David Gestetner di 1881.Pemfotokopian xerografik secara komersial telah diperkenalkan oleh syarikat Xerox di tahun 1959[1][2] yang kemudiannya menggantikan salinan dibuat oleh Verifax, Photostat, kertas karbon dan mesin penyalinan lain yang seumpamanya secara beransur-ansur.Penyalinan fotokopi digunakan secara meluas dalam bidang perniagaan, pendidikan dan sektor awam. Penggunaannya tetap meluas meskipun terdapat ramalan ia akan lama kelamaan tidak lagi dipakai kerana kebergantungan kepada penghasilan, penyimpanan dan pengedaran dokumen secara digital.