Mesingan_M60
Mesingan_M60

Mesingan_M60

Mesingan M60 ialah sejenis mesingan tempur yang mempunyai kaliber 7.62mm. Secara formalnya, senjata ini dipanggil Machine Gun, 7.62mm, M60 menggunakan katrij peluru 7.62 x 51 mm yang disalur menggunakan belt feed.Mesingan M60 boleh digunakan sebagai senjata pertahanan ataupun senjata serangan. Dalam kegunaan sebagai senjata serangan, ia boleh digunakan dengan kadar tembakan yang lebih tinggi, dan mempunyai jarak berkesan yang lebih jauh. Kaliber peluru yang digunakan juga lebih besar daripada peluru 5.56mm yang digunakan oleh raifal tempur M16]. Sebagai senjata pertahanan, keupayaan mesingan disepadukan dalam persiapan pertahanan sesebuah unit tentera. Mesingan M60 paling berkesan dalam jarak 1,100 meter apabila dipasangkan di di atas tripod. Jarak berkesan sekiranya menggunakan bipod pula adalah 800 meter. Kor Marin Amerika Syarikat menggunakan mesingan M60 sehingga jarak 1,500 meter dengan berkesan apabila digunakan oleh penembak yang terlatih. Mesingan M60 telah digantikan secara amnya dalam perkhidmatan tentera Amerika Syarikat oleh mesingan sederhana jenis M240 dan juga oleh senjata automatik skuad M249 SAW. Walaupun demikian, mesingan M60 masih digemari dan digunakan sebagai senjata bantuan dan dipasangkan kepada kenderaan.Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Mesingan_M60

Tempat asal  Amerika Syarikat
Kaliber 7.62 mm (.308 in)
Sistem suapan Rangkaian
Dalam perkhidmatan 1957—Kini
Jarak tembakan efektif 1,100 m (~1,200 yd)
Kadar tembakan ~550 butir/min
Jarak tembakan maksimum 3,725 m (~4,074 yd)
Aneka Sila lihat versi
Kartrij 7.62 × 51 mm NATO
Berat 10.5 kg (23.1 lb)
Panjang 1,077 mm (42 in)
Kos unit $6,000 [1]
Panjang laras 560 mm (22 in)
Halaju muncung 853 m/s (~2,800 ft/s)
Pengeluar Saco Defense, U.S. Ordnance
Aksi Sistem Gas, Bolt terbuka
Jenis Mesingan