Michael_Bublé
Michael_Bublé

Michael_Bublé

Michael Steven Bublé (AFA: /buːˈbleɪ/ boo-BLAY; lahir 9 September 1975)[2] ialah penyanyi, penulis lagu, pelakon dan penerbit rakaman Kanada-Itali.[3][4] Album pertamanya mencapai sepuluh teratas di Kanada dan UK. Beliau mendapat perhatian seluruh dunia dengan album 2005, It's Time serta album 2007 Call Me Irresponsible 2007 yang mencapai nombor satu di Carta Album Kanada, Carta Album UK, Billboard 200 AS, Carta Album ARIA Australia dan beberapa carta Eropah. Album Bublé 2009 Crazy Love menduduki nombor satu di Billboard AS 200 selepas tiga hari jualan, dan kekal di sana selama dua minggu. Ia juga ialah album nombor satu beliau yang keempat di carta Album Jazz Billboard. Album percutian beliau, Christmas (2011), berada di tempat pertama di Billboard 200 untuk empat minggu terakhir pada 2011 dan minggu pertama tahun 2012, selama lima minggu di atas carta, ia juga menduduki 5 teratas di United Kingdom. Dengan ini, Christmas menjadi album nombor satu berturut-turut dalam carta. To Be Loved dikeluarkan pada April 2013. Bublé telah menjual lebih dari 75 juta rekod di seluruh dunia, dan memenangi pelbagai anugerah, termasuk empat Anugerah Grammy[5][6] dan beberapa Anugerah Juno.

Michael_Bublé

Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • penerbit rakaman
Kerakyatan Kanada
Itali
Pasangan Luisana Lopilato (k. 2011)
Tahun aktif 1995–kini
Anak 3
Pengkarya berkait
  • Naturally 7
  • Leon Jackson
Instrumen
  • Vokal
  • Piano
Syarikat rakaman
Laman sesawang michaelbuble.com
Kampung asal Burnaby, British Columbia, Kanada
Vancouver, British Columbia, Kanada
Gaji $45.5 juta (2015)[1]
Kelahiran Michael Steven Bublé
(1975-09-09) 9 September 1975 (umur 44)
Burnaby, British Columbia, Kanada
Genre
Kediaman Vancouver, British Columbia, Kanada